BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah tarikat dibenarkan di Malaysia atau di negeri selangor? Terdapat beberapa tariqat yang bercanggah dari ajaran Islam ada juga yang betul. Apakah tindakan Mais tentang isu ini?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, tiada larangan untuk mengamalkan tariqat selagi tidak bercanggah dengan ahli sunnah wal jamaah. Untuk makluman tuan, pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor telah bertindak dengan mengeluarkan fatwa berkenaan amalan tariqat sebagai panduan kepada masyarakat, agar mereka tahu dan tidak mengamalkan amalan tarikat yang tidak benar (http://www.muftiselangor.gov.my/perkhidmatan/fatwa-selangor). Begitu juga pihak kami telah menerbitkan buku Garis Panduan Dalam Amalan Tariqat untuk panduan orang ramai terhadap amalan tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 97

message user image