BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Pembahagian harta Assalamualaikum. Kakak sulung bapa saya telah meninggal dunia dan telah meninggalkan wasiat. Oleh kerana dia tidak menpunyai anak dan suami telah meninggal sebelumnya, wasiat ditulis untuk dibahagikan kepada waris yang tinggal iaitu 6 adik perempuan dan bapa saya iaitu adik lelaki yang tunggal. Namun begitu bapa saya pun telah meninggal dunia dan meninggalkan 3 anak lelaki dan 2 anak perempuan. Tetapi 1 daripada anak lelaki baru meninggal dunia. Jadi bagaimana kah bahagian faraid mengikut wasiat?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, pembahagian harta si mati mengikut wasiat hanyalah sebanyak 1/3 sahaja daripada jumlah harta yang ditinggalkan, tidak boleh lebih daripada itu. Ini berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan daripada Sa’ad Bin Abu Waqqas, katanya yang bermaksud: “Telah datang Rasulullah SAW untuk melihatku sedang aku berada di Makkah. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, apakah aku harus mewasiatkan semua hartaku.” Baginda menjawab, “Tidak.” Aku berkata, “Sebahagiannya.” Baginda menjawab, “Tidak.” Aku berkata, “Sepertiga.” Baginda menjawab, “Ya, sepertiga.” Dan sepertiga itu banyak. Sesungguhnya apabila engkau meninggalkan ahli waris kaya itu lebih baik daripada engkau meninggalkan mereka miskin, meminta-minta kepada manusia dengan tangan mereka” (Riwayat al-Bukhari) Dan tidak dibenarkan wasiat kepada ahli waris. Pembahagian faraid tersebut adalah kepada ahli waris si mati yang masih hidup sahaja. Jika bapa puan telah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum kakaknya, maka tiadalah pusaka untuknya, dan tidak boleh diwarisi oleh anak lelaki dan perempuannya. Puan juga boleh dapatkan penjelasan lanjut berkenaan wasiat ini dengan merujuk ke ; Bahagian Harta Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor, Tingkat 10, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Atau hubungi Tel: 03-5514 3773 / 3772 / 2190 / 3570. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 83

message user image