Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apakah hukum suami isteri yang dah bercerai Dan mempunyai anak masih tinggal serumah tapi berbeza bilik disebabkan faktor ketidakmampuan
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, suami isteri yang bercerai dibenarkan untuk tinggal serumah bersama anak sekiranya masih lagi dalam tempoh iddah isteri, dengan syarat menjaga adab dan batas-batas pergaulan serta tidak bergaul sebagai suami isteri. Apabila telah tamat tempoh iddah pasangan tersebut perlu tinggal berasingan kerana mereka bukan lagi suami isteri dan bukan lagi mahram. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.