BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Berkaitan nafkah isteri . Boleh kah suami berhutang nafkah dengan isteri andai kata suami kesempitan kewangan pada suatu bulan dan hanya mampu berikan pada bulan yang seterusnya. Contohnya suami tidak mampu memberikan nafkah selama dua bulan, namun pada bulan ke 3 sang suami memberikan nafkah beserta tunggakan nafkah dua bulan sebelum nya dengan izin isteri. Boleh kah nafkah itu dijadikan hutang sementara atas faktor kegawatan ekonomi suami disamping restu isteri


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, tidaklah dikira berhutang nafkah melainkan jika suami memang tidak memberi langsung nafkah isterinya pada dua bulan tersebut. Walaupun suami berada dalam kesempitan kewangan, suami boleh memberi nafkah pada isteri mengikut kemampuan kewangan suami pada masa itu. Ini kerana tanggungjawab suami terlaksana dengan pemberian nafkah mengikut kemampuannya. Perkara ini dijelaskan sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan”. (At-Talaaq : 7) Perkahwinan merupakan perkongsian hidup, justeru isteri juga perlu memahami keadaan kewangan dan kemampuan suaminya dalam pemberian nafkah. Tidak salah jika suami ingin memberi tunggakan nafkah pada isterinya setelah kewangannya kembali stabil. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 164

message user image