BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya telah melafaz talak 1 atas isteri saya pada 12hb febuari 2018. Dan kini saya hendak (dengan niat rujuk kembali) dengan isteri saya (siti fatimah binti mohammed kassim). Namun isteri saya enggan untuk rujuk kembali.soalan saya adalah sah rujuk saya tersebut, bila mana saya nyatakan secara vlisan dihadapan isteri saya dan melalui pesanan bertulis? Mohon pencerahan ya ustaz. Terima kasih, wasalam.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, rujuk tetap berlaku walaupun tanpa kerelaan isteri. Walau bagaimanapun, sebaiknya adalah proses rujuk itu berlaku dengan persetujuan dan kerelaan kedua-dua belah pihak agar kebahagiaan hidup berumahtangga terpelihara. Sehubungan itu, tuan hendaklah mengemukakan permohonan dan pengesahan rujuk di Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran untuk proses selanjutnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 101

message user image