Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam. Bolehkah surau lama ditukar menjadi kediaman
Jawapan
Merujuk kepada persoalan, sebelum dijadikan kediaman, perlu dipastikan terlebih dahulu status tapak surau lama tersebut. Sama ada tanah wakaf atau sebaliknya, jika wakaf maka tidak boleh. Sehubungan itu, tuan boleh dapatkan penjelasan daripada Bahagian Pengurusan Masjid/ Surau, Jabatan Agama Islam Negeri kerana urusan berkaitan masjid dan surau adalah di bawah bidang kuasa bahagian tersebut.
Sekian, terima kasih.