BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum.saya ingin bertanya.benarkah perbuatan memegang dan mencium kelambu kaabah dikira perbuatan bid'ah? Saya bertanya kerana saya berada di Mekah sekarang. Selepas saya cium kelambu kaabah ada orang mempersoalkan perbuatan saya dan mengatakan ia salah satu perbuatan bid'ah. Saya harap sangat mohon diberi penjelasan agar hati saya tenang. Terima kasih kepada yang menjawab soalan. Semoga Allah merahmati kalian


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, perbuatan mencium kelambu kaabah bukan dalam kategori perbuatan bid’ah. Namun, ia tidak disyariatkan untuk dilakukan semasa haji atau umrah. Justeru, jika ia dilakukan dengan niat kepercayaan tertentu hukumnya adalah berdosa dan boleh merosakkan aqidah. Hadith yang diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; "Barangsiapa yang membuat sesuatu urusan yang berlainan daripada urusan kami ataupun tidak berasal daripadanya, maka ia adalah ditolak." (Riwayat al-Bukhari) Walau bagaimanapun, semata-mata memegang dan mencium kelambu kaabah kerana bau yang harum, ia tidak dilarang. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 172

message user image