BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya menetap di Melaka dan bekerja di Kuala Lumpur. Saya berulang alik setiap hari. Maka lebih daripada 2 marhalah. Semasa didalam perjalanan saya melakukan Jamak Qasar. Tetapi di tempat kerja saya melakukan sembahyang yang lengkap. Apabila saya hendak mengerjakan sembahyang maghrib dan isyak, saya kebiasaannya mengambil bas pukul 6.30 petang atau 7 petang daripada Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan untuk ke Melaka. Biasanya saya akan sampai di Stesen Bas Melaka Sentral di antara pukul 8.30 malam atau 9 malam. Saya kurang pasti yang manakah amalan yang lebih afdhal iaitu: 1. Adakah saya boleh mengerjakan solat jamak qasar maghrib dan isyak di dalam bas didalam keadaan duduk di kerusi penumpang dan mengadap kiblat ketika mengangkat takbir, atau 2. Lebih afdhal untuk saya mengerjakan sembahyang masuk waktu untuk maghrib dan isyak apabila masuk waktu masing-masing ketika saya di dalam bas dan kemudian apabila tiba di stesen bas Melaka saya mengerjakan sembahyang maghrib dan isyak yang penuh, atau 3. Lebih afdah saya tunggu di stesen bas TBS sehingga masuk waktu Maghrib dan mengerjakan Jamak Qasar di situ (ini akan menyebabkan saya menunggu sehingga sejam di TBS sebelum menunggu masuk waktu dan kemudian setengah jam lagi untuk mengambil bas) Rumah saya di Melaka adalah didalam mukim yang sama dengan Stesen Bas Sentral Melaka. Jadi di situ saya tak boleh mengerjakan jamak qasar. Tetapi sekiranya rumah saya diluar mukim stesen bas Melaka, maka saya boleh mengerjakan jamak qasar magrib dan isyak selagi saya tidak masuk mukim saya?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, bagi situasi tuan, boleh melakukan solat jamak dan qasar sepanjang bekerja di Kuala Lumpur. Manakala ketika pulang pula, boleh melakukan solat maghrib dan isyak secara jamak dan qasar sebaik tiba di Stesen Bas Melaka Sentral, selagi belum masuk kawasan kampung rumah tuan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 153

message user image