BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: asslm ustz..maff ya saya terus kepada persoalan.. saya dan suami ada membuat simpanan di dalam acc asb atas nama saya. Walaupun acc itu atas nama saya, namun hasil daripada simpanan itu datangnya daripada sumber gaji suami saya. kiranya saya ni cuma pemilik atas nama sajalah..yg jadi persoalan saya sekarang ni suami saya tak nak keluarkan zakat daripada hasil simpanan kami dalam acc asb tu..huhuhu..dengan alasan bahawa kalau nak di ikutkan kami bukannya kaya mana pun..rumah pun tumpang rumah mak ayah..duit ni semua hasil titik peluh berjimat dan sabar dalam menabung untuk masa depan anak-anak yalah kita pun tak tahu apa akan jadi pada masa hadapan kan. sediakan payung sebelum hujan..saya faham maksud dia. cumaa..saya rasa x sedap hati..takutt..saya dah pernah suarakan dan nasihatkan suami saya tetapi dia tetap berkeras. jadii..adakah saya berdosa jika saya mengeluarkan zakat tersebut tanpa pengetahuan suami saya..?? terima kasih atas respon yang di berikan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, puan tidak boleh mengeluarkan zakat tanpa pengetahuan suami, kerana duit ASB tersebut bukanlah pendapatan puan sendiri. Zakat berfungsi sebagai pembersih harta dan jiwa pemberinya. Firman Allah SWT yang bermaksud ; “Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. (at-Taubah : 103) Justeru, puan nasihatilah suami agar beliau faham tentang fungsi zakat dan galakkan untuk mengeluarkan zakat agar dapat membantu golongan yang lebih memerlukan. Disamping sentiasa melakukan amal kebajikan dan kewajipan akan dilimpahi rahmat Allah SWT di dunia dan juga di akhirat. Islam menggalakkan setiap umatnya agar berlumba-lumba melakukan kebaikan untuk diri sendiri, ahli keluarga, masyarakat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 161

message user image