BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, Saya ingin bertanya berkenaan dengan hukum makan makanan perayaan agama lain.Adakah boleh saya makan dengan niat untuk makan dan tidak ingin membazir kerana telah dijemput dan tidak ingin kecewakan orang yang pelawa itu walaupun saya ada pilihan untuk tidak hadir. Dalam kes ini adakah haram saya hadir untuk makan walaupun makanan itu adalah halal. Selain itu, saya juga ingin bertanya berkenaan hukum tukar hadiah. Pada mulanya, Syarikat kami membuat pertukaran hadiah itu untuk menyambut perayaan Christmas. Dimana setiap pekerja akan mendapat cabutan nama penerima hadiah dan harus membeli hadiah mengikuti budget. Adakah ini haram? Kini syarikat kami membuat pertukaran hadiah itu sebagai pemberi penghargaan diantara rakan sekerja dan pemilihan penerima dikawal oleh HR kami. Ianya akan dilakukan pada bulan Disember. Adakah ini haram walaupun syarikat menyatakan pemberian itu untuk memberi kegembiran pada orang lain dan untuk sambutan perakhiran tahun.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
 

Merujuk kepada soalan yang diajukan, memenuhi jemputan dan memakan makanan pada perayaan agama lain adalah harus dengan syarat ia halal dan toyyiban. Berkenaan hadiah, niatkanlah proses memberi dan menerima hadiah ini ikhlas dengan mengikut sunnah Rasulullah SAW, kerana Baginda Nabi SAW menerima dan juga memberi hadiah. Namun jika bertukar-tukar hadiah itu dilakukan dengan niat untuk menyambut Hari Krismas maka wajib dielakkan. Jika sekadar untuk mengembirakan dan pengakhiran tahun, ia dibolehkan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 210

message user image