BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: assalammualaikum, saya mohon penjelasan mengenai rumah yg dibeli oleh isteri & bayaran ansuran rumah dibayar sepenuhnya oleh isteri..soalan saya bila berlaku penceraian, adakah rumah tersebut termasuk dalam harta sepencarian? terimakasih atas kerjasama & perhatian


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, tidaklah menjadi harta sepencarian sekiranya rumah yang dibeli adalah atas nama isteri, begitu juga bayaran bulanan sepenuhnya dibiayai oleh isteri. Termasuklah segala aset-aset yang terdapat seisi rumah, bil-bil utiliti, keperluan dan nafkah anak-anak semuanya ditanggung oleh isteri. Ringkasnya, suami hanya “cuci kaki” sahaja apabila masuk ke dalam rumah tersebut, dan suami juga tiada apa-apa sumbangan sepanjang perkahwinan berlangsung. Walau bagaimanapun, perincian dan keputusan terhadap harta sepencarian ini hendaklah melalui pihak Mahkamah Syariah. Perkara ini dinyatakan dalam Seksyen 122 : Kuasa Mahkamah memerintahkan pembahagian harta sepencarian berdasarkan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/State_Enact_Ori.nsf/100ae747c72508e748256faa00188094/310e470db7b50b6748257100003195e1?OpenDocument Pihak kami juga telah mengeluarkan fatwa pada 18 April 2005, berkenaan harta sepencarian yang bukan sahaja perceraian ketika hidup, tetapi juga perceraian dengan kematian suami atau isteri seperti berikut; Harta Sepencarian Selepas Kematian Salah Satu Pihak Dalam Perkahwinan Di Negeri Selangor 1. Harta sepencarian selepas kematian salah satu pihak dalam perkahwinan di Negeri Selangor boleh dibahagikan kepada suami atau isteri sebelum difaraidkan termasuk setelah dilepaskan tanggungan si mati. 2. Pembahgian harta sepencarian tersebut hendaklah diberikan mengikut takat sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung dari kedua-dua belah pihak . 3. Persetujuan pembahagian hendaklah dibuat melalui perintah mahkamah. (http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/pewartaan/2005-2009/102-fatwa-tentang-harta-sepencarian-selepas-kematian-salah-satu-pihak-dalam-perkahwinan-di-negeri-selangor) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 66

message user image