Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum..saya nak tanya kawan saya suka memakai coli wanita dan kadangkala semasa solat pun memakainya..apakah hukumnya ustaz
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, lelaki yang berpakaian dengan pakaian yang menyerupai wanita hukumnya adalah dilaknat. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, katanya ; لَعَنَ رَسُوْلُ اللهِ ص الرَّجُلَ يَلْبَسُ لِبْسَةَ اْلمَرْأَةِ، وَ اْلمَرْأَةَ تَلْبَسُ لِبْسَةَ الرَّجُلِ Maksudnya : “Rasulullah SAW melaknat orang lelaki yang berpakaian wanita, dan melaknat wanita yang memakai pakaian lelaki.” (Riwayat Abu Daud) Oleh itu, nasihatkan rakan agar menjauhi perbuatan tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.