BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya selalu solat Isyak berjamaah di masjid. Tetapi baru-baru ini ada permintaan untuk saya mengajar mengaji Quran. Ini telah menyebabkan saya tidak dapat bersolat berjamaah Isyak lagi kerana jadual yang ketat dan kelas jauh dari masjid dan tiada tempat solat berjamaah di kelas. Bagaimanakah dgn tanggung jawab saya terhadap solat Isyak berjamaah?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, tuan masih boleh dan bertanggungan untuk melakukan solat Isyak berjamaah. Jadual yang ketat dan kelas yang jauh, bukanlah keuzuran untuk meninggalkan solat berjamaah. Solat berjamaah boleh dilakukan sekurang-kurangnya 2 orang. Caranya dengan melakukan solat di luar atau dalam kelas secara berjamaah. Ia boleh diusahakan/diikhtiarkan memandangkan solat berjamaah itu tidak semestinya dilakukan di masjid. Pasti ada jalannya. Contoh : Alihkan meja, kerusi atau perabot lain ke tepi kelas, bentangkan tikar atau sejadah ikut arah kiblat. Boleh rujuk panduan arah kiblat sama ada di aplikasi atau sebagainya. Ingatlah, firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama” (al-Hajj : 78) Disamping mengajar mengaji al-Quran, secara tidak langsung boleh mendidik mereka melaksanakan ibadah solat pada waktunya. Tuan juga boleh susun sendiri jadual mengaji mengikut kesesuaian masa serta komitmen lain, semoga beroleh keberkatan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 182

message user image