BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Salam. Saya mahu tanya tentang sulam bedak. Rawatan sulam bedak pertama adalah rawatan wajah biasa yang ditambah dengan kaedah sulaman bedak menggunakan jarum nano dermapen dan serum krim BB. Ia tidak rasa sakit kerana serum itu diletakkan sedikit demi sedikit pada wajah sebelum digelek ke seluruh wajah menggunakan jarum tadi. Rawatan ini tidak bersifat kekal namun ia dapat membantu kulit wajah menjadi bersih dan berseri selepas tiga sesi rawatan yang perlu dilakukan selang tiga minggu. Cream tersebut akan masuk kedalam kulit. bedak itu adalah serum whitehing yg berwarna Foundation..Di oleskan pada kulit wajah dengan jarum nano(micro needle)..jarum yg sgt haluss(proses ini diperlukan supaya serum itu masuk kedalam kulit dan ada effect glowing...


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, tegasnya menggunakan rawatan ini bagi tujuan untuk menghilangkan aib atau apa-apa kecacatan yang mungkin memudaratkan pada individu adalah diharuskan. Bagaimanapun, sekiranya ia bertujuan untuk menjadikan wajah lebih cantik sehingga mengubah kejadian asal ia adalah ditegah dan dilarang. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud RA, yang bermaksud : “Allah melaknat orang yang melakukan tatoo, orang yang minta ditatoo, orang yang mencabut keningnya, orang yang minta dicabut keningnya, orang yang minta direnggangkan gigi-giginya dan orang yang merubah ciptaan Allah” . Ibnu Mas’ud R.A. berkata : “ Bagaimana saya tidak melaknat mereka yang dilaknat Rasulullah SAW?” (Muttafaqun ‘alaih) Bagi rawatan kecantikan yang bersifat tidak kekal, hanya sementara dan akan hilang dalam masa singkat seperti mengenakan inai dan celak, maka ia dibolehkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 185

message user image