BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya hukum membeli followers di media sosial seperti instagram dan facebook. Adakah dibenarkan sekiranya saya sebagai penjual akan berlaku jujur dengan memastikan kualiti barangan adalah benar, cuma membeli followers kerana memerlukan bilangan followers yang ramai sahaja. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, dalam isu ini followers bukanlah barangan yang boleh dijual beli. Dari sudut lain, ia juga sama seperti menipu dan memanipulasi orang ramai dengan followers yang ramai di media sosial sebagai umpan untuk memancing pelanggan. Perbuatan itu juga berunsur pertaruhan nasib dengan banyaknya followers yang dibeli sebagai daya penarik. Boleh jadi nasibnya baik dan boleh jadi tidak. Firman Allah SWT yang bermaksud; “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”. (al-Maaidah : 90) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 170

message user image