BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Adakah sah solat orang yang sedang duduk dalam tahayat akhir tetapi orang masih duduk seperti duduk tahayat awal.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, sah solat seseorang yang duduk dalam keadaan tahiyat awal (Iftirasy) pada tahiyat akhir atau sebaliknya. Akan tetapi yang utamanya (afdholnya) adalah duduk iftirasy pada tahiyat awal dan tawarruk pada tahiyat akhir. Duduk iftirasy adalah duduk di atas tapak kaki kiri manakala kaki kanan ditegakkan ke lantai dan duduk tawarruk adalah duduk diatas lantai, kaki kiri dilintangkan ke kanan dan kaki kanan ditegakkan ke lantai. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 118

message user image