BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Maaf bertanya. Jika suami berkata kepada kawan nya bahawa dia dan isteri nya tiada hubungan apa², adakah jatuh talak dia kepada isteri nya?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, perkataan dari suami tersebut dinamakan sebagai lafaz kinayah (samar). Oleh yang demikian, pihak isteri hendaklah bertanya semula dan suami perlu menjelaskan kedudukan (maksud) ayat tersebut, sama ada beliau maksudkan dengan talak atau sebaliknya. Seterusnya, perkara ini hendaklah dikemukakan terus ke Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran untuk pengesahan lafaz cerai di hadapan Hakim Syarie. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 108

message user image