BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum,saya ingin bertanya? kalau saya dalam perjalanan ke Tempat jauh seperti Johor, tetapi bas bertolak pada waktu Asar kemungkinan saya terlepas menunaikan solat asar&maghrib.Jadi ada tak cara menunaikan solat sewaktu musafir macam soalan saya tadi?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, perjalanan daripada Puchong ke Johor melebihi dua marhalah. Ini bermakna saudara boleh menunaikan solat secara jamak dan qasar. Jika saudara keluar dari rumah sebelum waktu asar, dan kedudukan perhentiasn bas untuk ke Johor itu berada diluar kariah tempat saudara tinggal, maka saudara boleh tunaikan solat asar secara qasar (2 rakaat) di perhentian bas sebelum bas bertolak. Jika belum masuk waktu asar, keluar sebelum zuhur untuk menunaikan solat jamak takdim zuhur dan asar. Manakala solat maghrib pula, saudara boleh jamakkan dengan solat isyak, sama ada takdim atau takhir. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 63

message user image