BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Pertanyaan: Bolehkah guna wang insuran konvensional untuk membayar hutang seperti hutang pinjaman peribadi, hutang kereta dan rumah? Wang insuran pokok (insured) sahaja bukan interest atau dividen.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, adalah dibenarkan menggunakan wang pokok insuran kovensional sahaja untuk kegunaan peribadi seperti yang dinyatakan. Wang pokok tersebut jugalah menjadi harta peninggalan yang boleh difaraidkan kepada ahli waris apabila pemegang polisi meninggal dunia. Adapun, keuntungan (interest) adalah haram digunakan kerana tidak patuh syariah. Rujukan fatwa ; http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/10274 والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 105

message user image