Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Bolehkah saya gunakan tema mitos yunani seperti dewa zeus atau possiedon untuk tema sukan, buat logo di baju sekadar untuk tema sukan, tiada niat lain.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, orang Islam adalah diharamkan menggunapakai logo atau lambang agama lain yang secara zahir bercanggah dengan akidah. Perkara ini telah diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 16 Mac 2011 seperti berikut; Hukum Menggunakan Barangan Yang Mempunyai Lambang Agama Lain Contohnya Salib Dan Seumpamanya “Orang Islam adalah diharamkan menggunakan barangan yang mempunyai lambang agama lain seperti salib atau bintang 6 (lambang Yahudi) sekiranya lambang-lambang tersebut dinyatakan secara zahir dan jelas”. Rujukan fatwa ; http://www.muftiselangor.gov.my/awam/fatwa/fatwa-terkini/201-hukum-penggunaan-barangan-yang-mempunyai-lambang-agama-lain-contohnya-salib-dan-seumpamanya Sebaiknya, buatlah logo yang bersesuaian dengan tema yang bukan berunsurkan keagamaan dan ketuhanan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.