Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam tuan/Puan, saya nak bertanyakan tentang isu berkaitan terjatuhnya talak. Baru-baru ini saya ada bergaduh dengan suami disebabkan pihak ketiga. Dia ada bertanyakan kepada saya "sekarang nak aku cerai kan hang ka?" 2x dia bertanya kepada saya tetapi saya tidak menjawab pada soalan yg ditanyakan. Sekarang saya keliru sama ada pertanyaan itu terjatuh kepada talak ke tidak. Saya harap pihak tuan/Puan dapat menjawab kepada soalan saya. Terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan, ayat dari suami: Sekarang nak aku ceraikan hang ka? adalah ayat pertanyaan. Bukannya lafaz talak. Justeru, tidaklah jatuh talak ke atas puan disebabkan pertanyaan tersebut.
Sekian, terima kasih.