BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: adakah seorang islam dibolehkan memelihara hamster sebagai binatang peliharaan?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, orang Islam boleh memelihara hamster sebagai haiwan peliharaan kerana haiwan tersebut bukanlah haiwan yang diharamkan oleh syarak, dengan syarat makan dan minumnya diberikan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 86

message user image