BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Adakah caj lewat bayar cukai tanah yang dikenakan oleh Pejabat Tanah Negeri Selangor dikira sebagai riba?Contohnya jumlah 7% caj lewat dari cukai asal berjumlah RM500 pada tahun 2001 iaitu RM35 akan dicampur dengan RM500 cukai tahun 2002.Caj lewat tahun 2002 ialah 7% daripada (500+500+35) bersamaan dgn RM72.45.(Cukai tahun 2001 dikenakan lagi caj lewat pada tahun berikutnya)mera. Maksudnya pada tahun 2002 jumlah yang perlu dibayar ialah sebanyak RM1000+RM35+RM72.45 iaitu sebanyak RM 1107.45.Maksudnya selepas 10 tahun caj lewat akan menjadi hampir sama dengan jumlah tunggakan cukai itu sendiri.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, caj lewat bayar cukai tanah tersebut tidak dikira sebagai riba’. Ia adalah denda (gharamah) yang telah menjadi undang-undang yang ditetapkan oleh pihak pentadbir tanah Negeri Selangor. Justeru, pemilik tanah hendaklah mematuhi peraturan pemilikan tanah sebagaimana yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kelewatan pembayaran cukai. Mematuhi arahan dan perintah Ulil Amri adalah wajib. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” (an-Nisaa' : 59) Walau bagaimanapun, pihak pentadbir tanah sedia memberi peluang kepada pemilik tanah membuat permohonan bagi pengurangan/ pengecualian cukai tanah sebagaimana link berikut : https://www.selangor.gov.my/klang.php/pages/view/29 والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 150

message user image