BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya nak tanya, 4 bulan lepas suami ada cakap macam ni, "sayang nak pergi, pergi, jangan datang datang dah" (bunyi ugutan) dan saya bertanya, ada niat ke tu? Dia cakap, ye la..Saya pun terus tak jadi pergi.. Jatuh talak ke macam tu? Suami cakap tak semestinya niat talak..dia kata, lagi pun saya tak jadi pergi.. Lafaz kinayah tu sah ke?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, percakapan suami : “sayang nak pergi, pergi, jangan datang datang dah”, itu merupakan lafaz taklik, kerana suami tidak menafikan bahawa dia berniat apabila puan bertanya kepadanya. Walau bagaimanapun, talak tidak jatuh ke atas puan, kerana puan tidak jadi pergi pada waktu itu. Talak akan jatuh sekiranya puan tetap pergi sebaik sahaja suami melafazkan ayat tersebut. Diharap suami tidak sewenang-wenangnya mengungkapkan kata-kata yang boleh menjurus ke arah perceraian atau berniat cerai, kerana dikhuatiri terjatuhnya talak tanpa disedari. Hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda : ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ Maksudnya: “Tiga perkara yang dilakukan secara bersungguh menjadi sah, dan secara gurauan juga akan menjadi sah; nikah, talak dan rujuk”. (Riwayat Abu Daud) Jika berlaku lagi situasi sedemikian, terus kemukakan ke Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk pengesahan kerana pihak mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk mengesahkannya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 67

message user image