BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz/ustazah, Pertanyaan hukum mengenai hubungan mahram dengan erti kata yang lain individu tersebut tidak boleh berkahwin.Disini saya sertakan senarionye: anak saudara perempuan sebelah suami saya mempunyai anak angkat lelaki yang disusukan sejak kecil.Kerana kekangan kewangan maka anak tersebut ingin diserahkan kepada saya untuk hak penjagaan sehingga dewasa.kanak kanak tersebut berumur 4 tahun.Soalan nye adalah: 1.adakah kanak kanak tersebut mahram bagi saya 2.Bagaimana pula dengan hubungan kanak kanak tersebut dengan anak perempuan saya mohon pandangan.Semoga pandangan ini boleh meleraikan kekeliruan saya.Jazakallah


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, 1. Kanak-kanak tersebut bukan mahram dengan puan, kerana ibu susuannya bukan daripada keturunan puan. 2. Oleh kerana ada kaitan dengan susuan, secara tidak langsung hubungannya adalah kanak-kanak itu menjadi anak saudara, manakala anak perempuan puan menjadi ibu saudaranya, dan mereka bukan mahram. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 66

message user image