Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum ustaz. Saya hendak bertanya, apakah hukum makmum lelaki dan makmun perempuan solat dalam baris yang sama tetapi terdapat penghadang atau dinding pemisah antara makmum lelaki dan permpuan
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, hukum makmum lelaki dan perempuan solat dalam baris yang sama dengan diletakkan penghadang adalah harus sekiranya kekangan ruang solat yang ada. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.