BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Saya dan kawan-kawan ingin buat satu tabung. Tujuan tabung tu adalah bagi mengumpul kewangan untuk memudahkan aktiviti berkumpulan seperti percutian hari keluarga.. Duit yg akan dimasukkan ke dalam tabung adalah sama rata setiap bulan mengikut persetujuan bersama dan akan direkodkan. Wang siapa turut serta sahaja akan digunakan setiap kali melakukan aktiviti bersama dan wang bagi yg tidak turut serta akan disalurkan pada tabung kebajikan. Alasan mengapa tiada pulangan pada yg memberi - agar dapat memastikan kesemua yang turut serta bersemangat untuk menyertai perjumpaan tersebut. - agar tiada yang hanya menggunakan medium ini sebagai tempat menyimpan sementara (boleh dapat duit semula bila tidak jadi ikut ).. Persoalan bagi kemusykilan saya.. 1. Apakah hukum wang yang tidak turut serta disalurkan pada tabung kebajikan?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, mengumpulkan duit untuk dibuat tabungan merupakan satu perkara yang baik, kerana ia merupakan satu kaedah merancang. Namun, ada syarat yang perlu dipatuhi dari sudut syarak iaitu matlamat dan tujuannya mestilah tidak bertentangan dengan syarak. Selain daripada itu, segala perbelanjaan dan syarat yang hendak dibuat mestilah atas perbincangan dan persetujuan semua pihak bagi meraikan ahli yang menyumbang di dalam tabung tersebut. Hukumnya adalah harus, jika semua ahli telah persetujui dari awal.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 352

message user image