BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Askum, Pertanyaan 1 betul ke barang kemas pemberian arwah ibu kepada kita, tidak boleh pakai. Pertanyaan 2 barang kemas tersebut perlu diwakafkan untuk arwah di mana-mana pusat punggutan zakat. Mohon pencerahan. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, 1. Barang kemas pemberian arwah ibu semasa beliau masih hidup kepada puan adalah merupakan hibah. Justeru, barang kemas tersebut telah menjadi hak milik puan dan boleh digunakan. Dalil berkenaan hibah sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud; “Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, kepada kaum kerabat...”. (al-Baqarah : 177) 2. Sekiranya puan tidak berhajat untuk menggunakan barang kemas tersebut, maka tiada halangan jika puan ingin mewakafkannya dan sedekahkan atas nama arwah ibu puan di institusi wakaf. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 88

message user image