BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: saya berpenyakit buasir dan selalu nya dubur dibasah air yang keluar dari dubur,24 jam sehari. dan berhadas sentiasa. Adakah saya diharuskn untuk jamak solat saya


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, bagi pesakit yang sentiasa berhadath seperti penyakit salas (keluar air kencing/ darah istihadah berterusan) atau yang seumpamanya, adalah mengikut kaedah berikut; Solat fardhu pada setiap waktu (menurut mazhab Syafi’e). a) Sucikan diri daripada najis dan gunakan lampin atau seumpamanya pada tempat keluar najis. b) Setelah itu sucikan diri daripada hadath dengan mengambil wudhu’ atau mandi wajib. Kedua-duanya mesti dilakukan setelah masuk waktu solat. c) Segera tunaikan solat. Solat adalah sah dan tidak perlu diulang walau pun najis tetap keluar ketika sedang berwudhu` dan solat. d) Satu wudhu` hanya boleh digunakan untuk satu solat fardhu sahaja dan seberapa banyak ibadah sunat yang lain. Pesakit yang menggunakan urine beg atau stoma beg atau kolostomi beg jika mampu menyucikan tempat keluar najis dan menukar atau membersihkan beg najis tersebut, hendaklah berbuat demikian sekadar termampu. Kemudian sucikan diri daripada hadath kecil / besar dan tunaikan solat. Solat adalah sah dan tidak perlu diulang. (http://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/panduan_bersuci_dan_bersolat_bagi_pesakit.pdf) Kaedah solat juga boleh dilakukan mengikut keadaan pesakit sama ada berdiri, duduk atau mengiring. Ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Imran bin Husain RA katanya yang bermaksud : “Aku menghidap penyakit buasir lalu aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang solat, Baginda bersabda: صَلِّ قَائِمًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ Maksudnya: “Bersolatlah secara berdiri, jika tidak mampu lakukanlah secara duduk dan jika tidak mampu juga lakukanlah secara mengiring.” (Riwayat al-Bukhari) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 154

message user image