BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum..saya ada keraguan..anak saya muntah (jeluak) terkena baju saya..saya membasuh baju tersebut dengan air sahaj tanpa sabun iaiyu dengan menghilangkn mintah tersebut..selepas itu saya memasukkan ke dalam mesin baju untuk dicuci seprti biasa..saya juga meletakkan pakaian yang lain utk dicuci bersama. Selepas siap dicuci saya mendapati masih terdapat bau muntah tersebut sedangkn warna dan rasa sudah tiada..soalan saya adakah baju tersebut dikira sebagai suci? Bagaimana dengan pakaian yang lain dibasuh bersama tadi?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, bagi panduan menyucikan pakaian yang terkena najis dengan menggunakan mesin basuh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah membuat garis panduan seperti berikut: Membasuh pakaian menggunakan mesin basuh automatik adalah suci kerana ia menepati hukum syarak dalam bab menyucikan pakaian. Ini bertepatan dengan apa yang disebut oleh para fuqaha di dalam kitab dan fatwa yang muktabar. Merujuk kepada kitab Majmu’ Syarh Muhazzab karangan Imam al-Nawawi yang bermaksud: “Penulis kitab al-Tatimmah dan fuqaha yang lainnya mengatakan bahawa air mempunyai kekuatan sifat menyuci ketika dicurahkan ke atas benda yang terkena najis, maka tidak menjadi najis dengan akibat percampuran tersebut, bahkan air itu kekal suci. Jika sekiranya air itu dicurahkan ke atas pakaian yang ada najis dan air itu membasahi keseluruhan pakaian, maka pakaian itu suci. Sekiranya air dicurahkan ke dalam bekas yang bernajis dan sifat air itu tidak berubah akibat najis tersebut, maka ia adalah suci. Jika air itu dipusing-pusing ke setiap sudut bekas itu, maka sucilah keseluruhan bekas tersebut”. Bermakna, baju anak puan yang terkena muntah yang telah dibasuh terlebih dahulu adalah suci. Justeru, baju-baju lain yang turut dibasuh bersama baju tersebut juga adalah suci. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 213

message user image