BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Saya ingin bertanya sekiranya suami menyatakan “ kau balik rumah keluarga kau , aku taknak tengok muka kau mulai esok” . Adakah talak jatuh sekiranya suami berkata seperti itu ? terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, lafaz “aku tak nak tengok muka kau mulai esok” dikategorikan sebagai lafaz kinayah (tidak jelas). Yakni lafaz yang tergantung niatnya, sekiranya si suami berniat cerai maka jatuh talak jika sebaliknya maka tidak jatuh talak tersebut. Walau bagaimanapun, sebaiknya perkara tersebut perlu dirujuk kepada Bahagian Undang-Undang Keluarga Pejabat Agama Islam atau di Mahkamah Syariah yang berdekatan bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 349

message user image