BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : JENAYAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum dan selamat petang.. sy ingin bertanya dan meluahkan rasa, saya berumur 38 tahun, ibu kepada 4 orang anak yang sedang membesar, saya dan suami bekerja, saya disektor kerajaan manakala suami di sektor swasta.. pekerjaan suami yang sibuk dan selalu outstation menyebabkan sy perlu menguruskan anak2 sendirian. setelah mengalami tumpah darah utk kelahiran ke 3 dan 4 dan menghidapi penyakit tiroid semasa hamil anak ke 4, saya mmg tidak mahu hamil lg. Tambahan pula saya bekerja diseberang laut yang jauh dari keluarga.. hampir 4 tahun merancang, pada bulan ini saya dapati saya hamil lg, ini membuatkan saya sangat kecewa dan hilang semangat kerana saya benar2 tidak mahukan anak lg.. kadang2 sy persoalkan mengapa Allah msih berikan pd sy walaupun sy sudah berusaha utk tidak hamil, kadang2 saya merasa marah, sedih dan saya juga suami merancang ingin gugurkan kandungan ini.. saya tidak mahu kelelahan hamil menyebabkan saya mengabaikan anak2 y sgt peelukan saya, kualiti kerja y akan merosot. saya takut, Allah murka dgn apa y saya rasa tp bagaimana untuk saya merasa redha, utk terima, mengapa saya merasa Allah tidak adil pada saya, bolehkah tuan berikan sedikit nasihat pada saya supaya hilang rasa sedih, kecewa ini.. bolehkah saya menggugurkan kandungan kerana saya tkt pengalaman kelahiran sblm ini iaitu tumpah drh, saya tkt ank2 saya akan kehilangan sy..


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, jauhilah daripada berprasangka bahawa Allah tidak adil kepada kita hambaNya. Setiap ketentuan dan apa yang berlaku, ada sebab dan hikmah yang kita tidak ketahui. Berbaik sangkalah dengan Allah. Mungkin apa yang diturunkan kepada kita untuk amat pahit dan perit untuk diterima, tetapi yakinlah hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk ke atas hamba-hambaNya. Berkaitan dengan menggugurkan kandungan, Mesyuarat Jawatankuasa Negeri Selangor kali ke 3/2000 yang bersidang pada 13 September 2000 membuat keputusan bahawa :  Anak yang dikandung yang berkemungkinan cacat HARUS digugurkan atas nasihat doktor pakar. Sekiranya sudah bernyawa hukumnya HARAM digugurkan.  Bagi ibu yang mengandung yang didapati kandungannya itu boleh membahayakan kesihatan dirinya setelah mendapat pengesahan daripada doktor pakar HARUS menggugurkan kandungannya bagi menyelamatkan ibu. Oleh itu, adalah dilarang untuk menggugurkan kandungan sekiranya apa yang puan hadapi tidak berkaitan dengan perkara yang telah diputuskan dalam mesyuarat di atas. Perbanyakkanlah berdoa kepada Allah supaya pengalaman pahit ketika melahirkan anak sebelum ini tidak berulang dan puan dapat melalui tempoh mengandung dengan baik dan tidak berhadapan dengan sebarang kesulitan. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan di saat-saat melahirkan. In shaa Allah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 217

message user image