BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, apakah hukum wudhu jika tersentuh bulu kemaluan? Satu lagi, apakah hukum solat jika senyum sehingga keluar bunyi nafas? Itu sahaja soalan saya, terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, wudhu seseorang tidak terbatal dengan menyentuh bulu kemaluan. Wudhu hanya akan terbatal sekiranya seseorang memegang kemaluan dengan tapak tangan, menyentuh perempuan yang bukan mahram dan keluar sesuatu dari kemaluan hadapan atau belakang. Senyum ketika solat sehingga mengeluarkan bunyi nafas tidak membatalkan solat tetapi termasuk di dalam perkara yang makruh sekiranya dilakukan secara sengaja. Sebaiknya seseorang berada dalam keadaan bersedia dari sudut zahir dan batin sebelum mengadap Allah SWT ketika mendirikan solat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 688

message user image