BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuhu. Boleh kah seorang wanita/lelaki, bujang ataupn dah berkahwin keluar beramai2 diwaktu rehat bekerja/meeting. Adakah hukumnya haram disebabkan ikhtilat? Salah seorang dari lelaki/perempuan membuka aib pasangan/keluarga. Inipun haram kan sebab boleh mendekati zina?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, keluar beramai-ramai di waktu rehat atau di dalam mana-mana situasi yang memerlukan seseorang itu berurusan dengan bukan mahram wajib dipastikan beberapa perkara antaranya : i. Aman dari fitnah. Fitnah itu termasuklah dari sudut pakaian yang tidak menutup aurat dengan sempurna, gurauan yang melampau dalam perkataan dan perbuatan. ii. Semua pihak mestilah memendekkan masa percampuran/ ikhtilat tersebut tanpa perlu memanjangnya. iii. Perlu dipastikan percampuran/ ikhtilat tersebut banyak membawa kebaikan daripada keburukan. Menceritakan masalah kepada rakan-rakan merupakan lumrah manusia yang sedang menghadapi masalah dan sedang mencari penyelesaian. Bertanya dengan niat untuk mendapatkan perhatian daripada orang yang berlainan jantina perlu dielak kerana niat tersebut merupakan kesalahan besar yang bakal mengundang masalah-masalah lain. Firman Allah SWT ; فَسْـَٔلُوٓا۟ أَهْلَ ٱلذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ Maksudnya : “Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.” (al-Nahl : 43) Justeru, bertanyalah kepada orang yang mengetahui atau diyakini dapat membantu memberikan jalan keluar terhadap masalah yang dihadapi. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 199

message user image