BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam.Gaji saya RM 24000.00 sebulan dan income tax saya sebulan RM4300.00. Jika saya tukarkan semua income tax ke zakat setiap bulan, maka perlu kah lagi saya bayar zakat untuk simpanan ASB saya RM100000.00? kerana jumlah zakat saya dah bayar lebih 2.5%. Mohon pencerahan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, kadar zakat hanyalah 2.5% sahaja. Maka seandainya seseorang itu memberikan jumlah zakat yang lebih besar, maka akan timbul pertanyaan di pihak LHDN, adakah sebenarnya pendapatan seseorang itu lebih besar berbanding apa yang diisytiharkan di dalam borang taksiran cukai (BE). Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, Seksyen 6A (3) menyatakan : “Rebat hendaklah diberikan pada tahun-tahun taksiran untuk sebarang bayaran zakat fitrah atau lain-lain tuntutan agama Islam yang mana pembayarannya wajib dan yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu dan dibuktikan oleh resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang berkenaan yang ditubuhkan mengikut undang-undang bertulis”. Rebat secara umumnya bermakna jumlah cukai yang dapat dikurangkan dengan pembayaran zakat. Semakin banyak berzakat, semakin sedikit cukai dibayar. Bagi ASB, hendaklah dikeluarkan zakat ke atas keuntungan pelaburannya (dividen) iaitu sebanyak 2.5%. Bermakna, pokok pelaburan di akhir tahun itu dicampurkan dengan pendapatan pelaburan (dividen dan bonus) semasa, *72% bagi dividen tahun 2019 (rujuk jumlah peratusan terkini yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa ikut kadar patuh syariah) Contoh : Pokok + (pendapatan x *72%) = ….. x 2.5% = Zakat (*Nilai boleh berubah dari masa ke semasa) Rujukan link zakat ASB: https://www.zakatselangor.com.my/keputusan-syariah-zakat/pengiraan-zakat-asb/ والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 84

message user image