BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum... Saya ingin bertanya. Apakah hukum jika saya menjual ataupun menjadi agent kepada suatu produk kosmetik malaysia yang belum tentu ada pengesahan HALAL. Tambahan pula pada masa kini terdapat pelbagai produk kosmetik yang dikeluarkan. ADAKAH sumber duit keuntungan yang akan dapat itu halal..? Maaf jika ada tersilap bicara. Mohon penjelasan... Terima Kasih.. : )


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,Selagi mana kandungan barang tersebut tidak terbukti mempunyai bahan-bahan yang haram, maka status produk tersebut tidak perlu diragui dan harus untuk dijual dan digunakan. Sebaiknya pastikan ia halal, suci dan tidak memudharatkan pengguna. Walau bagaimanapun, sebagai agen yang bertanggungjawab dapatkan pengesahan status halal produk tersebut daripada institusi halal yang diiktiraf oleh JAKIM.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 157

message user image