BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum tuan mufti, saya ada kemsykilan tentang hukum talak... Adakah jatuh talak jika cakap “aku talak dia” dengan jelas seorang diri dengan tujuan untuk ulang/mengajar/menegaskan pada diri sendiri... Sebab sebelum itu, saya ada tengok youtube berkenaan talak dan selepas itu saya terus tidur. Namun, semasa tidur ada gangguan mengenai Lafaz talak seperti perkataan talak dan cerai. Saya bangun dengan keadaan marah dan sebut “aku talak dia” dan dalam pada masa yang sama saya menegaskan pada diri (hati) “kalau cakap macam tu iaitu aku talak dia, baru jatuh talak bukan hanya sebut talak atau cerai dan sebagainya. Mohon pencerahan tuan mufti.. Saya tiada niat untuk menceraikan isteri atau tuju perkataan “aku talak dia” pada isteri semasa menyebut perkataan itu.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, berdasarkan kepada situasi yang dinyatakan, jelas perkataan talak yang dilafazkan bukan diniatkan atau ditujukan kepada isteri. Justeru, dalam keadaan ini tidak jatuh talak ke atas isteri. Adalah dinasihatkan agar suami sentiasa mengawal diri dari berkata atau bertindak ketika emosi tidak stabil atau marah. Perbanyakkan istighfar dan berzikir kepada Allah SWT. Tiga perkara yang disebut secara bergurau pun akan jadi, sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ Maksudnya: “Tiga perkara yang dilakukan secara bersungguh menjadi sah, dan secara gurauan juga akan menjadi sah; nikah, talak dan rujuk”. (Riwayat Abu Daud ) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 257

message user image