BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya ada persoalan mengenai hukum jual beli kasut kulit babi. Saya ada membeli kasut dan apabila saya teliti ternyata kasut tersebut dihasilkan daripada kulit babi. Persoalan saya, bolehkah saya jual semula kasut tersebut kepada Non Muslim dengan harga yang lebih tinggi daripada harga asal yang saya beli untuk mengambil sedikit keuntungan. Sekiranya tidak, bolehkah saya jual untuk dapatkan kembali modal saya tanpa mengambil sebarang keuntungan, atau saya perlu buang sahaja kasut tersebut? Moga jabatan mufti dapat bantu leraikan kekusutan saya ini. Terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, para ulama’ mazhab Syafie bersepakat bahawa kulit khinzir adalah najis dan tidak boleh disucikan dengan sertu serta tidak boleh diambil manfaat daripadanya, kecuali dalam beberapa keadaan dharurat dan hajat. Oleh itu, hukum jual beli kasut kulit babi adalah tidak sah. Adalah dinasihatkan supaya puan memulangkan kembali kasut yang telah dibeli kepada pihak kedai dengan menjelaskan sebab pemulangan bahawa orang Islam tidak boleh menggunakan kasut daripada kulit babi. Semoga Allah memberikan kita kefahaman yang benar dalam beragama. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 121

message user image