Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum..saya ingin bertanya berkaitan talak..saya dan isteri bertengkar..dalam pertengkaran itu isteri mendesak untuk menceraikan dia..dalam keadaan yang marah saya terlepas cakap yang berbunyi " awak nak cerai sangat kan esok kita cerai awak tunggu je"..adakah sah talak tersebut
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada persoalan saudara, lafaz “esok kita cerai, awak tunggu je” merupakan ayat yang tidak jelas samaada untuk menjatuhkan talak atau ayat perbualan . Namun begitu sebaiknya rujuk terus ke mahkamah rendah syariah yang berhampiran bagi mendapatkan pengesahan lafaz tersebut samaada jatuh atau pun tidak. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.