BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalam...saya mahu memberitahu bahawa saya ada masalah.Semasa saya solat asar petang tadi..terlintas dalam hati saya 'sahaja aku membatalkan solat' sebelum salam.Saya berasa itu membatalkan solat tapi saya sangat ragu untuk mengulanginya! Saya berasa tertekan sehingga tertidur.Apabila saya bangun sudah maghrib,saya pun menunaikan solat tetapi perasaan yang sama hadir lagi kerana kejadian itu.saya sangat sukar untuk elak niat batal solat tersebut.tpi saya abaikan dan saya buat keputusan mengulangi solat asar.tetapi ada lagi perasaan itu dan lintasan hati utk membatalkan solat mmang sering terjadi.Soalan saya...adakah itu boleh dibiarkan sahaja?hanya ikut kemampuan sendiri...atau apa?tolong feedback secepat mungkin


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, membatalkan solat tanpa sebab yang jelas hukumnya adalah haram. Dalam kes ini, ia lebih dilihat kepada masalah was-was. Keadaan ini ada unsur-unsur gangguan syaitan. Ulama telah mengesyorkan untuk menghilangkan penyakit was-was ini antaranya: a) Mengambil sikap tidak peduli, iaitu dengan membiarkan perasaan was-was tersebut. b) Bersabar dan terus mencuba menghilangkan was-was, mereka yang ditimpa penyakit ini sebenarnya sedang diuji. c) Mempelajari tatacara ibadah yang sahih, dengan mempelajari ibadah yang sempurna dapat membantu menghindarkan penyakit was-was ini. d) Sentiasa memohon perlindungan Allah SWT. Ini kerana bisikan syaitan sentiasa menyebabkan perasaan was-was kepada manusia. Memohon perlindungan daripada Allah SWT amatlah penting dalam usaha mengekangnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 251

message user image