Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apakah hukum wanita haid memasuki masjid untuk menghadiri majlis ilmu. Contohnya kursus fardhu haji yang dianjurkan oleh Tabung Haji yg diadakan di masjid
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan,
Wanita yang sedang dalam keadaan haid tidak dibenarkan menghadiri majlis ilmu yang diadakan di dalam masjid, melainkan dalam keadaan berikut:
1. Majlis ilmu tersebut dihadiri dari kawasan atau bahagian yang berada di luar batas suci masjid; atau
2. Majlis ilmu tersebut diadakan di bangunan atau kawasan yang berasingan daripada masjid, seperti dewan pengajian yang dikhususkan di luar batas suci masjid.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.