BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum . Isteri saya telah menjalani pembedahan dibahagian perut dan keadaannya perlu dikakukan "dressing" setiap hari dibahagian luka tersebut. Keadaan luka yang sangat besar dan tampalan dari "dressing" yang agar besar agak menyukarkan isteri saya untuk mandi setiap hari. Persoalannya disini ialah isteri saya telah datang haid, bagaimanakah cara yang sebaiknya untuk isteri saya bersuci (Mandi wajib) setelah habis haidnya sewaktu ia dalam kesukaran untuk mandi disebabkan oleh luka yang dialami dan "dressing" yang dibuat oleh pihak hospital.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, bagi situasi tersebut isteri tuan hendaklah mandi dengan menyiram air dan ratakannya ke seluruh badan, kecuali anggota yang berbalut disebabkan luka. Selepas mandi wajib hendaklah bertayammum sebagai ganti anggota badan yang tidak boleh kena air tersebut. Ini sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah RA, dia berkata: “Kami pernah dalam suatu perjalanan, lalu seorang di antara kami kepalanya terkena batu. Orang itu kemudian junub kerana bermimpi. Lalu bertanyalah dia kepada kawan-kawannya: "Apakah saudara-saudara mendapatkan hukum keringanan bagiku untuk bertayamum?" Jawab mereka: "Kami tidak mendapatkan hukum keringanan bagimu, sedangkan kamu mampu memakai air". Maka lelaki itu mandi, ternyata setelah itu dia mati. Setelah kami menghadap Nabi SAW., dan hal itu dilaporkan kepada baginda, maka baginda bersabda: "Mereka telah membunuhnya, Allah membunuh mereka. Mengapa mereka tidak bertanya kalau mereka tidak tahu?. Sungguh ubat kebodohan itu adalah bertanya. Dia cukup bertayammum saja, dan membalutkan kain balutan kepada lukanya, kemudian menyapunya pada bahagian atas balutannya. Setelah itu, dia mencuci anggota badannya yang lain." (Riwayat Abu Daud) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 224

message user image