BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam, adakah haram kalau bertattoo semata2 untuk tutup bekas parut sebab kesan melecur?


message user image

Jawapan  

Hukum bertatu adalah haram kerana perbuatan itu termasuk di dalam perkara-perkara yang dikutuk oleh Allah S.W.T. عن بن عمر عن النبي صلى الله عليه وسلم هنه لعن الواصلة والمستوصلة والواشمة والمستوشمة (رواه ابن ماجه) Maksudnya : “Dari Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. mengutuk orang yang menyambung rambut dan orang yang meminta supaya disambung rambutnya, orang yang membuat tatu dan orang yang meminta supaya dibuat tatu”. Oleh itu, bertatu walaupun hanya untuk menutup parut tetap haram. Banyak kaedah lain untuk merawat kesan parut. Sebaiknya berjumlah dengan doktor untuk mendapatkan kaedah terbaik yang boleh membuang kesan parut. Wallahu ta’ala a’lam. Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 99

message user image