BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam, Untuk makluman, saya bekerja di KL, isteri saya bekerja di Sandakan, Sabah dan anak kami dijaga oleh Ibu dan bapa mertua saya di Ipoh, Perak. Biasanya saya akan balik ke Ipoh pada setiap minggu (hari jumaat selepas kerja dan balik semula ke KL pada pagi Isnin terus ke pejabat) untuk menjaga anak saya kecuali ada kerja luar pada hujung minggu atau ibu dan bapa mertua ada urusan untuk datang ke KL. Soalan saya, dimana saya boleh melakukan solat jamak? ketika di Ipoh atau di KL?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, kaedah penentuan melaksanakan solat jamak adalah bermula apabila saudara telah bermusafir iaitu apabila saudara balik ke ipoh dan jika saudara berada di ipoh tidak melebihi 3hari maka boleh dilakukan solat Jamak & Qasar. Wallahu ta’ala a’lam. Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 106

message user image