Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan soalan, Dalam 3 minggu lepas, saya ada membersihkan rumput halaman rumah saya, bagi tujuan untuk memperbaiki lantai simen di halaman tersebut. Atas rumput tersebut terdapat tahi anjing yang sudah kering. Dengan menggunakan cangkul, saya cangkul sekeliling kawasan rumput yang ada najis tersebut, dan saya letakkan ia di atas najis tersebut. Dan saya terus mencangkul di bahagian bawah rumput yang ada najis dengan cermat, dan terus buang. Soalan saya, adakah cangkul yang saya gunakan itu perlu dibasuh dengah air tanah walaupun cangkul tersebut tidak kena terus pada najis tersebut? Dan adakah alat2 yang saya gunakan untuk meratakan simen di kawasan bekas yang saya dah buang rumput mengandungi najis itu perlu juga saya basuh dengan air tanah? Apa hukum bagi alat2 saya itu?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, cangkul dan juga peralatan lain tersebut tidak perlu disertu. Dalam keadaan kering, tahi anjing tersebut tidak semestinya akan menajisi sesiapa yang melalui halaman rumah kerana hilangnya kenajisan itu disebabkan adanya matahari dan faktor alam, maka hilanglah hukum najisnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.