BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan soalan, Dalam bulan Disember 2019, saya ada terlibat dengan kemalangan motosikal. Terdapat luka di bahagian kaki dan tangan serta siku. Setelah sembuh, saya dapati, di bawah lapisan kulit bekas luka di siku terdapat seperti gelembung yang saya sendiri tidak dapat kenal pasti samada isi kulit atau cecair berupa nanah dan sebagainya. Soalan saya, adakah sah mandi wajib saya dalam keadaan bekas luka saya pada siku yang telah sembuh itu seperti mana yang saya nyatakan di atas?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, sah mandi wajibnya dengan syarat air diratakan ke seluruh anggota badan, termasuklah pada bahagian kulit bekas luka atau lapisan kulit tersebut. Ia masih dikira bahagian kulit sebagai anggota badan yang wajib diratakan air ketika mandi wajib. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 122

message user image