BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, Saya nak tahu macam mana nak agihkan(faraid) duit epf setelah suami meninggal dunia?arwah mempunyai seorang isteri dan dua anak lelaki yang masih kecil..isterinya merupakan penama ..masalahnya sekarang keluarga arwah menyibuk nak uruskan duit.mohon bantuan pencerahan bagi masalah kakak saya. Terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, sebagai penama kakak puan juga boleh menguruskan pembahagian faraid KWSP arwah suaminya. Setelah ditolak potongan majikan dan kos pengurusan KWSP, jumlah yang diperolehi itu hendaklah diguna untuk membayar kos pengurusan jenazah arwah terlebih dahulu. Jika telah menggunakan wang orang lain semasa kematiannya, perlu diganti melainkan orang tersebut menghalalkannya. Setelah itu, uruskan hutang-hutang arwah, zakatnya (jika selama hidup belum menunaikan zakat atau ada zakat yang terhutang), wasiat jika ada (iaitu tidak melebihi 1/3 daripada harta pusaka) dan ada rekod wasiat. Kemudian isterinya juga boleh menuntut harta sepencarian sepanjang perkahwinannya dengan arwah suami. Seterusnya uruskan juga badal haji jika arwah belum menunaikannya sedangkan telah mampu. Setelah semuanya diselesaikan, barulah lebihan KWSP itu boleh difaraidkan kepada ahli waris yang layak iaitu ibu bapa (jika masih hidup), isteri dan anak-anak lelakinya. Bagi urusan ini, kakak puan boleh dapatkan bantuan daripada Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk menguruskan pembahagian faraid tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 92

message user image