BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum... Saya Mohd Zabri Bin Mohd Shupli ingin mengemukakan 2 soalan untuk hari ini. Soalan 1. Boleh kah kita membuat upacara seperti silap mata, tayangan bola sepak, aktiviti memanah, mewarna, aktiviti2 kelas masakan, aktiviti2 jalan2 dan yang seumpamanya, bagi tujuan mengimarahkan masjid/surau? Disini juga terdapat pergaulan antara lelaki dan perempuan. Soalan 2. Bagaimana pula hukum meminta minta untuk dapatkan sumbangan bagi tujuan aktiviti2 diatas. Yang mana Masjid/Surau yang tidak kuat sumber kewangan tetapi ingin membuat aktiviti2 besar dengan meminta sumbangan kewangan, kambing golek dll untuk memeriahkan majlis/aktiviti2 sedemikian.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, boleh melakukan aktiviti-aktiviti yang dinyatakan dengan syarat; i. Menjaga kemuliaan masjid, beradab dan memelihara kehormatannya. Tidak melakukan aktiviti di ruang solat utama bagi menjaga kemuliaan masjid. ii. Tidak mengganggu jamaah yang beribadah di masjid. iii. Menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam Islam. Meminta sumbangan bagi tujuan aktiviti tersebut, hukumnya adalah harus. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 188

message user image