BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukum pelaburan wang zakat? Mengapakah Selangor masih tidak mengeluarkan fatwa pengharusan pelaburan zakat?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara; 1. Bagi asnaf zakat yang menerima pemberian wang zakat, adalah harus bagi mereka melaburkan wang zakat yang diterimanya. Namun, bagi institusi zakat, tiada keharusan untuknya melaburkan harta daripada hasil kutipan zakat, kerana wang tersebut tidak boleh sewenang-wenangnya digunakan untuk pelaburan. Harta zakat hendaklah diurus dan diagihkan segera kepada asnaf-asnaf yang memerlukan. 2. Fatwa berkenaan masih belum dikeluarkan, kerana tiada permohonan daripada institusi yang berkaitan. Jika terdapat permohonan daripada agensi kerajaan, swasta atau individu untuk mendapatkan sesuatu fatwa bagi isu-isu baharu boleh dikemukakan ke Jabatan ini. Sekiranya isu baharu, maka kajian akan dilaksanakan dan seterusnya menyediakan kertas kerja untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 105

message user image