BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum..saya nak tanya,boleh kah seseorang muslim melakukan upacara tunduk hormat di majlis kematian orang cina(walaupun hanya tunduk sedikit)


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, cukup sekadar berdiri sahaja apabila berhadapan dengan mayat non-muslim. Ini selaras dengan hadith Rasulullah SAW: مَرَّ بِنَا جَنَازَةٌ فَقَامَ لَهَا النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم وَقُمْنَا بِهِ‏.‏ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ : إِنَّهَا جَنَازَةُ يَهُودِيٍّ‏.‏ قَالَ ‏: إِذَا رَأَيْتُمُ الْجَنَازَةَ فَقُومُوا ‏ Maksudnya: “Jenazah melintasi berdekatan kami lalu Rasulullah SAW bangun dan kami juga bangun. Kami berkata, “Wahai Rasulullah itu jenazah yahudi.” Baginda bersabda: “Apabila kamu melihat jenazah maka bangunlah” (Riwayat al-Bukhari) Tidak perlu tunduk atau meniru amalan mereka. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 194

message user image